Untuk post kali ini saya ingin share tentang kerja- kerja pemparitan untuk bakal tanaman kami. Memandangkan kami akan mengusahakan tanaman pisang, sistem pengairan mesti diutamakan disebabkan tanaman pisang memerlukan air yang banyak terutama pada fasa awal penanaman. Namun, air yang berlebihan juga tidak baik untuk pisang kerana akan menyebabkan akar pokok pisang membusuk dan boleh membantutkan pertumbuhan anak pisang. Lebih teruk lagi anak pisang yang ditenggelami air lebih dari 48 jam (2 hari) boleh menyebabkan kematian.
Secara ringkasnya tanah kami ada tanah rata dan ada sedikit berair di bahagian hujung kawasan dalam lingkungan suku ekar. Mungkin kawasan ini sedikit rendah berbanding kawasan yang lain. Manakala kawasan selebihnya setakat ini sempurna dan sangat sesuai untuk proses penanaman. Tujuan kami membuat parit ini adalah untuk:
1) Memastikan bekalan air yng berterusan untuk tanaman
2) Mengatasi masalah kawasan yang sedikit berair
Kedalaman parit yang dikorek adalah sedalam 5 kaki dan mempunyai panjang 30 meter dan lebar 1 meter bagi setiap parit. Sebanyak 4 parit telah berjaya dikorek untuk memenuhi keperluan air bagi tanah seluas 2.5 ekar. Sekiranya parit ini penuh, tanah dapat dibekalkan dengan 120m3 air dan ia lebih dari mencukupi untuk mengairi 1500 pisang.
Terdapat juga perancangan untuk membuat tangki simpanan bagi memindahkan air di dalam parit ke dalam tangki bagi mengelakkan air parit kering semasa musim kemarau. Namun, perancangan ini mungkin ditangguhkan terlebih dahulu buat masa sekarang memandangkan kos yang tinggi. Insha Allah, bila projek ini mula memberi pulangan kami akan memikirkan semula cadangan ini.
Di bawah adalah gambar- gambar parit yang telah dikorek:
No comments:
Post a Comment