Assalamualaikum wbt
Untuk post kali ini kami ingin berkongsi tentang proses pembajakan tanah. Sebelum itu, kami ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada pengunjung blog ini yang beragama Islam. Semoga ramadhan tahun ini menjadi ramadhan yang terbaik berbanding ramadhan lalu.
Bagi proses membajak tanah, kami telah menggunakan khidmat dr Pejabat Pertanian Daerah Temerloh. Pejabat pertanian ini terletak di Kampung Buntut Pulau, Temerloh. Jalan menuju ke Triang. Seperti yang kita sedia maklum, perkhidmatan kerajaan ini sedikit lambat untuk diproses dan perlu menunggu giliran. Giliran kami lebih kurang 2 minggu selepas dari tarikh proses mengondol tanah. Itupun kami sentiasa menelefon pegawai berwajib setiap hari untuk memastikan mereka menepati tarikh yang di janjikan.
Secara ringkasnya, dibawah adalah butiran mengenai proses membajak:
Jenis bajak : bajak putar & bajak piring
Tempoh membajak : bajak putar - 1 hari (bergantung pada struktur tanah)
bajak piring - 3 jam (bergantung pada struktur tanah)
Kos membajak : bajak putar - RM50/ekar
bajak piring - RM50/ ekar
keluasan tanah - 2.5 ekar (pejabat pertanian consider 2 ekar sahaja)
Jumlah kos - RM200
Gambar- gambar pembajakan putar:
Gambar- gambar pembajakan piring:
Assalammualaikum
ReplyDeleteKami emerlukan perkhidmatan Bajak / plough di sekitar kawasan Salak Tinggi.
En ada sediakan perkhidmatan jenis ni ke?
Ada perkhidmatan membanjak di sekitar bangi
ReplyDeletePerkhidmatan bajak di raub pahang ad tak?
ReplyDeleteJika ad prkhidmatan bajak tanah area raub bgthu sy bro..sini rmai nk buat..prtanian lmbab,hbungi d no 01121940136
ReplyDelete