Monday, July 15, 2013

Pembajakan Tanah

Assalamualaikum wbt

Untuk post kali ini kami ingin berkongsi tentang proses pembajakan tanah. Sebelum itu, kami ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada pengunjung blog ini yang beragama Islam. Semoga ramadhan tahun ini menjadi ramadhan yang terbaik berbanding ramadhan lalu.

Bagi proses membajak tanah, kami telah menggunakan khidmat dr Pejabat Pertanian Daerah Temerloh. Pejabat pertanian ini terletak di Kampung Buntut Pulau, Temerloh. Jalan menuju ke Triang. Seperti yang kita sedia maklum, perkhidmatan kerajaan ini sedikit lambat untuk diproses dan perlu menunggu giliran. Giliran kami lebih kurang 2 minggu selepas dari tarikh proses mengondol tanah. Itupun kami sentiasa menelefon pegawai berwajib setiap hari untuk memastikan mereka menepati tarikh yang di janjikan.

Secara ringkasnya, dibawah adalah butiran mengenai proses membajak:

Jenis bajak              : bajak putar & bajak piring
Tempoh membajak : bajak putar - 1 hari (bergantung pada struktur tanah) 
                                   bajak piring - 3 jam (bergantung pada struktur tanah)
Kos membajak        : bajak putar - RM50/ekar
                                   bajak piring - RM50/ ekar
                                   keluasan tanah - 2.5 ekar (pejabat pertanian consider 2 ekar sahaja)
                                   Jumlah kos - RM200

Gambar- gambar pembajakan putar:






Gambar- gambar pembajakan piring:












Tuesday, July 2, 2013

Pemparitan

Assalamualaikum,

Untuk post kali ini saya ingin share tentang kerja- kerja pemparitan untuk bakal tanaman kami. Memandangkan kami akan mengusahakan tanaman pisang, sistem pengairan mesti diutamakan disebabkan tanaman pisang memerlukan air yang banyak terutama pada fasa awal penanaman. Namun, air yang berlebihan juga tidak baik untuk pisang kerana akan menyebabkan akar pokok pisang membusuk dan boleh membantutkan pertumbuhan anak pisang. Lebih teruk lagi anak pisang yang ditenggelami air lebih dari 48 jam (2 hari) boleh menyebabkan kematian.

Secara ringkasnya tanah kami ada tanah rata dan ada sedikit berair di bahagian hujung kawasan dalam lingkungan suku ekar. Mungkin kawasan ini sedikit rendah berbanding kawasan yang lain. Manakala kawasan selebihnya setakat ini sempurna dan sangat sesuai untuk proses penanaman. Tujuan kami membuat parit ini adalah untuk:

1) Memastikan bekalan air yng berterusan untuk tanaman
2) Mengatasi masalah kawasan yang sedikit berair

Kedalaman parit yang dikorek adalah sedalam 5 kaki dan mempunyai panjang 30 meter dan lebar 1 meter bagi setiap parit. Sebanyak 4 parit telah berjaya dikorek untuk memenuhi keperluan air bagi tanah seluas 2.5 ekar. Sekiranya parit ini penuh, tanah dapat dibekalkan dengan 120m3 air dan ia lebih dari mencukupi untuk mengairi 1500 pisang.

Terdapat juga perancangan untuk membuat tangki simpanan bagi memindahkan air di dalam parit ke dalam tangki bagi mengelakkan air parit kering semasa musim kemarau. Namun, perancangan ini mungkin ditangguhkan terlebih dahulu buat masa sekarang memandangkan kos yang tinggi. Insha Allah, bila projek ini mula memberi pulangan kami akan memikirkan semula cadangan ini.

Di bawah adalah gambar- gambar parit yang telah dikorek: