Tuesday, September 24, 2013

Pagar Kawad

Assalamualaikum wbt,

Bertemu kembali setelah lama tidak berblogging semenjak dari bulan Ramadhan yang lalu. Banyak perkara yang perlu saya diselesaikan dan baru sekarang mempunyai peluang untuk menulis semula.

Pada kali ini, saya ingin berkongsi tentang kerja-kerja memagar kawasan yang telah kami lakukan. Kerja- kerja ini kami lakukan sendiri dan tidak mengupah mana- mana pihak bagi menjimatkan bajet. Kerja memagar ini amat memenatkan. Tujuan memagar ini adalah untuk menghalang musuh dari memasuki kawasan tanaman kami yang mana musuh utama kami adalah lembu, kerbau & kerbau pendek. Terdapat juga serangan dari kera & monyet tetapi setakat ini masih lagi terkawal. Walaupun kerja ini dilakukan oleh kami sendiri, kos untuk memagar masih lagi tinggi.

Kerja memagar ini mungkin saya boleh katakan terdapat 2 peringkat. Pada peringkat awalnya kami hanya menggunakan pagar kawad berduri yang direntang disekeliling kawasan. Pagar berduri ini direntang dalam 4 baris (line). Jarak antara setiap baris dalam 30cm-40cm. Berikut adalah kelengkapan yang diperlukan untuk memagar kawasan tanaman kami seluas 2.5 ekar ini.

Alatan memagar:
1. Kawad berduri - 1600m panjang (approximately)
2. Tiang pagar konkrit - 200 batang (jarak antara tiang 2@2.5m)
3. Tiang kayu - 300 batang (dipacak sulam dengan tiang konkrit untuk kurangkan kos)
3. Dawai pengikat
4. Penggali
5. Pliers

Antara gambar- gambar pagar yang sempat di ambil:







Bagi sesiapa yang ingin memagar seperti kami, boleh lihat bajet dibawah sebagai rujukan:



Setelah spend agak besar untuk pagar ni, akhirnya lebih kurang 2 minggu baru kami dapat pagar keseluruhan kawasan. Walaubagaimanapun, ia masih belum mampu untuk menyelesaikan masalah musuh- musuh kami. Akhirnya kami terpaksa memagar untuk peringkat kedua. Saya akan share lagi peringkat kedua di post akan datang dan peringkat kedua lebih menarik...=)