Thursday, June 27, 2013

Kerja 1: Penyediaan Tapak


 Assalamualaikum wbt,

Hari ini kami nk share tentang kerja- kerja awal yang telah kami lakukan. Tanah sudah ada. Seperti yang sy share pd post yang lepas, keluasan tanah dalam lingkungan 2.5 ekar. Pada asalnya tanah ini telah di tanam dengan serai. Alhamdulillah ada la rezeki sedikit sebanyak dari tanaman serai ini. Tapi kami hanya usahakan serai ini untuk semusim jek. Selepas hasil pertama dituai, kami tidak lagi teruskan walaupun ada permintaan. Sebabnya kami tidak cukup kakitangan untuk mengusahakan tanaman ini especially semasa time untuk bersih & packaging serai- serai yang telah dituai. Masa ini perlukan byk tangan untuk membantu. Bagi sesiapa yang berminat untuk tanam serai, kami amat galakkan. Kami usahakan dalam tahun 2005/2006, harga semasa pada waktu itu kami dapat RM1.20/kg. Sapa yang dapat contract adabi, confirm seminggu bertan-tan kena produce. So darab la sendiri incomenya...sekarang mungkin lg mahal. Walau dah lama kami tidak usahakan, sehingga sekarang masih lagi org call tanya sal bekalan serai.

Selepas itu, kami tanam dengan getah tetapi tak sempat nk merasai hasilnya disebabkan ada musuh yang telah ranapkan tanaman kami. Musuh- musuh taktaw masuk dari mana dan makan semua anak- anak getah yang telah ditanam walhal kami telah pagarkan keseluruhan kawasan. Sebabkan telah banyak modal dikeluarkan, kawasan ini telah terbengkalai dan dah naik semak. Sekarang, kami ingin usahakan semula dan timbullah idea projek tanaman pisang ni.

Ok cukup merepek sal benda yang dah lepas. Let focus on our current projek...=)

Kerja yang pertama kami telah lakukan adalah membersihkan tanah dan clearkan semua semak & mini hutan. Kami telah upah traktor untuk buat kerja- kerja ini. Dibawah adalah detail tentang kos traktor:

  1. Upah/hari: RM450/hari
  2. Jumlah hari: 2.5 hari
  Jumlah kos: RM1125 (lepas diskaun RM1100)

Ni gambar- gambar yang sempat kami ambil:

Sebelum

Traktor sedang khusyuk menggondolkan tanah

Apa la yang ayah aku taklimatkan pada driver tu...

Selepas





Sesiapa yang ingin dapatkan khidmat traktor ni, boleh inform pada kami. Tapi dia cover untuk daerah temerloh je la. Untuk luar kawasan sy tak pasti. Apa- apa pun servis dia terbaik, cepat & non-stop kerja sampai siap.

Lepas siap land clearing, kena plan untuk bajak pulak. Perjalanan masih jauh. Harap semangat yang ada sekarang dapat dikekalkan sampai kutip hasil nnt.

Jumpa next post untuk aktiviti lain pulak...=)



Sunday, June 23, 2013

Projek Pertama

Assalamualaikum wbt,

Untuk post kali ni, kami nk share tentang projek yang telah kami rancangkan. Pada awalnya memang terdapat banyak cadangan. Ada yang minta tanam kelapa sawit, ada juga cadang tanam tebu, pisang etc.
Nk tanam kelapa sawit keluasan tanah tak cukup besar. Takot2 nanti hasil yang dapat tak cukup nk cover kos yang telah dikeluarkan. At last kami telah decide nak teruskan dengan tanaman pisang dahulu. Kemudian akan diteruskan dengan tanaman tebu yang akan ditanam di antara line pokok pisang. Tapi ia bergantung kepada kapasiti tenaga dan modal yang ada. Kalau pekerja yang sedia ada cukup untuk memantau kedua- dua tanaman & sudah pasti modal ada, barulah projek tanaman tebu akan diteruskan. Buat masa sekarang kami fokuskan kepada tanaman pisang terlebih dahulu.

Berikut adalah detail tentang projek kami untuk rujukan kepada sesiapa yang juga menceburi tanaman ini (data ini hanya sekadar andaian & figure yang sebenar akan disharekan bila proses penanaman bermula)

    Lokasi tapak: Kampung Padang Lalang, Paya Pulai Temerloh Pahang
    Keluasan Tanah: 2.5 ekar
    Keadaan tanah: Tanah rata dan mempunyai sistem pengairan yang baik
    Jenis tanaman: Pisang e.g berangan, abu/nipah & nangka
    Jumlah pokok jangka ditanam: 1500 pokok

Sebab- sebab tanaman ini dipilih:
1- Tanaman jangka pendek. Senang nk pusing modal
2- Memerlukan modal yang tidak berapa besar
3- Permintaan yang tinggi. Sebelum mulakan projek kami telah lakukan survey dan berjaya mendapatkan pembeli- pembeli yang berpotensi.
4- Harga pisang yang semakin meningkat. Harga borong semasa untuk pisang goreng spt abu/nipah dalam 1.50/kg, pisang nangka RM1.90/kg. Untuk pisang yang dimakan mentah spt pisang berangan RM2.00-RM2.30/kg.

Buat masa sekarang kerja- kerja masih lagi tertumpu kepada kerja-kerja penyediaan tanah. Kami akan share progress projek kami pada post- post yang akan datang.

Kepada sesiapa yang melawati blog ini dan mempunyai pengalaman di dalam penanaman ini, kami amat mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan untuk menambahbaikan projek kami dan pengetahuan kami tentang tanaman pisang. Semoga kita sama- sama dapat belajar antara satu sama lain. InsyaAllah.

Friday, June 21, 2013

Langkah kami bermula...

Assalamualaikum wbt.

Setelah merancang hampir 6 bulan sambil terus memenuhkan kantung modal untuk projek pertama kami, akhirnya projek ini telah dapat dimulakan pada 1 Jun 2013. Ia mungkin keputusan yang drastik bagi kami tetapi ia mesti dilaksanakan supaya perancangan kami tidak terbengkalai diatas kertas sahaja.

Memandangkan ini post yang pertama, kami tidak berhasrat lagi untuk menerang secara detail tentang projek pertama kami ini. InsyaAllah kami akan detailkan di post-post yang akan datang..=)

Apa yang kami harap, projek ini dapat dijayakan dan dipermudahkan oleh Allah swt. Amin...

Daerah letaknya projek pertama kami